Monday, July 19, 2010

12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat - mama pon dah lewat ni..


hehe..tajuk yang pelik kot..ramai yang buat n3 pasal +ve pregnant..jalan cerita yang lebih kurang sama ~ 'period xdatang then bila buat upt hasilnya +ve'..tahniah ye kawan2 mama..eh sila jangan terpedaya dengan pic kat atas tu..tu bukan mama punya..mrs google yang punya ye..

tapi mama dapat tau ada wanita kat luar sana yang buat upt paling kurang 5test..dari yang murah punya upt sampai yang mahal konon ketepatan yang sangat tinggi semata2 nak tengok double line..nak kena confirm betul2..tuan punya blog ni pon buat gak..zaman faris dulu..ngee..

ok la.. ni info yang mama dapat dari internet..just nak sharing and caring sesama kita..

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1. Tekanan.

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2. Masalah kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3. Ubatan

Mungkin baru2 ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4. Berlebihan hormon prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5. Menyusu badan

Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6. Masalah tiroid

Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7. Gemuk

Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8. Terlalu kurus

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9. Tersilap kira

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10. Menopos

Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11. Pencegah hamil

Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12. Hamil

Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

selain urine test, blood test pon bule gak dilakukan untuk mengesahkan pregnant atau tak..kiranya blood test ni lagi accurate la..yang mama faham bila berlakunya implantation telur yang telah disenyawakan pada dinding uterus..maka hormon HCG akan dirembeskan dalam air kencing dan darah..makan masa dalam 2wks..

dalam kes mama ni..memang dah lewat 13 hari tapi bila buat upt -ve..mama dah jumpa doc and doc suruh tunggu lagi 1week..sbb kalau tengok sejarah faris dulu..6weeks baru dapat detect faris..buat upt pon line sangat le halus..mama rasa segan nak jumpa doc..malu kalau xpregnant..doc inform next check up trus scan..kalau terbukti xpregnant doc bagi ubat period..

kalau mama xpregnant maybe item no. 4 & 5 tu puncanya..kadang 2 mama alami jugak simptom2 tu..hehe..faris still bf + fm..or maybe hormon belum stable sebab bila faris 1yr baru period mama menjelma..lambat kan??

sejujurnya memang mama nak sangat tambah anak..mama dah buleh terima apa sekali pon resultnya..kalau dulu masa faris setahun mama dah usaha tapi xberjaya then mama sedih..sekarang mama redha..sebab bila mama redha..hati dan fikiran makin lapang, makin tenang..xpe..leh making love lagi..opss..18sx.ngee..kawan2 doakan saya ye..thanks in advance..muah 10jutax..




3 comments:

noor azuani said...

daisy...dh dtg bulan blm? ke +ve ling? ku dh xdpt on fb huaaaaaaaaaaaaa huhuhuhu

noor azuani said...

daisy...dh dtg bulan blm? ke +ve ling? ku dh xdpt on fb huaaaaaaaaaaaaa huhuhuhu

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)