Wednesday, July 21, 2010

Pulau Lang Tengah ~ Day 2


Assalamualaikum u all..skrg mama nak continue story about our holiday at Lang Tengah Island for day 2..aktiviti hari ke-2 ni xla padat pon..aktiviti snorkeling kitorang start petang..gang2 diver diorang ada 2 sesi scuba (pagi n petang)..

lepas breakfast mama n abah bawak faris jalan2 keliling resort..kitorang pergi west wing..dari east wing kitorang kena berjalan masuk hutan..ala2 jungle tracking la..hehe..adalah dalam 15mnt tu baru sampai west wing..wohoho..west wing lagi best..mat saleh ramai stay kat situ..kitorang cadang nak swim kat pool tu..ada jakuzi..best..best..tp staff resort tengah bersihkan pool..kebetulan sisir pantai west wing ni panjang so apalagi..tukar plan..kita mandi pantai plak la..

ni view at west wing


kat sebelah west wing ni ada 1 lagi resort..mama xtau nama resort ni..kebetulan malam tadi mama layan citer Duyong Aridinata..percaya tak kalau mama cakap episod malam tadi..ala..yang Ari & Mat kerja kat resort...ha...dorang shooting kat resort tu...kalau tengok pic atas ni..lokasi kat belakang batu tu..sorry kocik sangat..xpercaya xper la..bila tengok duyong tu mama terbayang2 Pulau Lang Tengah..ouh nak snorkeling kat pulau tu lagi abah......


faris and abg wafi main pasir

faris main ombak.."ombak baikkkkkkkkkkkkk............"

kitorang kat sini xlama..dalam 11am balik east wing nak mandi pool sana la plak..time tu kitorang anak beranak je yang swim..ngee..suka..suka..

sila abaikan en seman yang seksi n mama yang eksyen berenang..sila fokus muka cute faris je ye..


dah tengah hari baru kitorang naik..cepat2 lunch, mandi, solat, buang segala hajat & packing apa yang patut sebab petang ni nak snorkeling lagi..yahoooo..3pm boat dah tunggu..once again mama lupa nama dua2 tempat kitorang snorkeling tu..ampon sangat2..tapi coral sangattttttttt.........cantik..and BESAR2.. (mama dah ingat dah..nama tmpt snorkeling tu Batu Kucing and Batu Bulan..kalau xsilap..ngee..)

faris nak terjun lagi..pantang tengok abg wafi terjun faris pon ikut gak..hari ni budak boat lain plak yang bawak faris keliling boat..ce tengok faris dengan muka cuaknya..intro je tu..bila naik boat nangis nak turun plak..hai la anak..mak pak ko sakan snorkeling nun di sinun...

mama bukan berdating dgn budak boat ni tau..amok en seman kang..kot2 boat tu en seman bakar..budak ni selamatkan mama..arus sangat kuat..mama x sedar dah jauh kena tolak arus..asyik sangat tengok coral..nak berenang ke boat sangat la penat sebab lawan arus..nasib baik x langgar batu besar..malu sangat..continue snorkeling dekat2 dengan boat je..rasa takut jap..hehe..abah jangan cakap la..ntah mana abah pergi..ok la jom layan piccas coral kat bawah ni..sungguh indah ciptaan Allah..



kat bawah ni antara piccas yang mama dapat copy dari underwater camera gang2 diver..'heaven' dorang cakap..jom kita layan lagiii.........


balik dari snorkeling kitorang continue plak mandi pool reramai..en zicky aka bb sitter faris buat aksi terjun and landing baik punya atas float..dia lupa la tu kena jaga faris..ermmm..tunjuk sikit aksi kamu en zicky oi..

amboi...kemain lagi kamu ek..

ok la..ni je yang mama ingat aktiviti day 2..snorkeling yang sangat best..cuaca pon ok..faris was superb..ok la kiranya bukan mama n abah je yang sakan snorkeling..faris pon enjoy gak berenang keliling boat..asyik berendam je kitorang kat sana..faris kena selesema..tp ubat mama dah awal2 mintak kat doctor..

insyaAllah ada kesempatan mama story plak aktiviti Day 3 (last day) kat island ni..tunggu aksi hebat faris bertarung dengan ninja turtle dan aksi cemas dalam boat masa belayar dari resort ke jetty merang..sangat scary..

p/s: mama try nak upload vidiyo faris berenang sambil menyanyi and aksi faris berenang keliling boat..tapi tenet sangat tenat lagi lembS..mama try malam kang kat rumah la..

Monday, July 19, 2010

12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat - mama pon dah lewat ni..


hehe..tajuk yang pelik kot..ramai yang buat n3 pasal +ve pregnant..jalan cerita yang lebih kurang sama ~ 'period xdatang then bila buat upt hasilnya +ve'..tahniah ye kawan2 mama..eh sila jangan terpedaya dengan pic kat atas tu..tu bukan mama punya..mrs google yang punya ye..

tapi mama dapat tau ada wanita kat luar sana yang buat upt paling kurang 5test..dari yang murah punya upt sampai yang mahal konon ketepatan yang sangat tinggi semata2 nak tengok double line..nak kena confirm betul2..tuan punya blog ni pon buat gak..zaman faris dulu..ngee..

ok la.. ni info yang mama dapat dari internet..just nak sharing and caring sesama kita..

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1. Tekanan.

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2. Masalah kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3. Ubatan

Mungkin baru2 ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4. Berlebihan hormon prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5. Menyusu badan

Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6. Masalah tiroid

Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7. Gemuk

Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8. Terlalu kurus

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9. Tersilap kira

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10. Menopos

Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11. Pencegah hamil

Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12. Hamil

Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

selain urine test, blood test pon bule gak dilakukan untuk mengesahkan pregnant atau tak..kiranya blood test ni lagi accurate la..yang mama faham bila berlakunya implantation telur yang telah disenyawakan pada dinding uterus..maka hormon HCG akan dirembeskan dalam air kencing dan darah..makan masa dalam 2wks..

dalam kes mama ni..memang dah lewat 13 hari tapi bila buat upt -ve..mama dah jumpa doc and doc suruh tunggu lagi 1week..sbb kalau tengok sejarah faris dulu..6weeks baru dapat detect faris..buat upt pon line sangat le halus..mama rasa segan nak jumpa doc..malu kalau xpregnant..doc inform next check up trus scan..kalau terbukti xpregnant doc bagi ubat period..

kalau mama xpregnant maybe item no. 4 & 5 tu puncanya..kadang 2 mama alami jugak simptom2 tu..hehe..faris still bf + fm..or maybe hormon belum stable sebab bila faris 1yr baru period mama menjelma..lambat kan??

sejujurnya memang mama nak sangat tambah anak..mama dah buleh terima apa sekali pon resultnya..kalau dulu masa faris setahun mama dah usaha tapi xberjaya then mama sedih..sekarang mama redha..sebab bila mama redha..hati dan fikiran makin lapang, makin tenang..xpe..leh making love lagi..opss..18sx.ngee..kawan2 doakan saya ye..thanks in advance..muah 10jutax..




Tuesday, July 13, 2010

Pulau Lang Tengah ~ Day 1

baru sekarang mama sempat nak cerita pasal trip ke pulau lang tengah on 3rd july - 5th july..nak tau pulau lang tengah kat mana??tengok SINI..ok la mama tepek piccas sambil bercerita...layannnn...

flight 8.40am..adalah dalam 20 orang yang join trip ni..xramai sbb mahal katanya..mama dah x sabar nak jejak kaki kat pulau tu..dah lama x sarung baju renang muslimah ku itu..hehe..


ini en zicky aka bb sitter kitorg..dia sangat la suka layan faris..dia suruh kitorg amek honeymoon package and faris dia offer jagakan..manyak syok nih..faris memang x betah duduk 1 tempat lelama ni..en zicky...tolong kejar faris ye..mama dah kenyit2 mata kat abah..best..best..

i love u bang..ngeh..ngeh..
sungguh baik peel kamu nak oi dlm flight..tido je..muah 10jutax..tapi faris tido terkejut2..sebab air pressure kot..sama macam naik keta je kan faris..sampai je faris terus terjaga..ce tengok muka selebet faris baru bangun tido..posing baik punya..piccas awan yang biru and pemandangan landscape yang syantek non ado..rugi besau..

dalam 9.30am kitorg dah touch down airport kuala terengganu..lepas tu cepat2 naik bas ke jetty merang..en. pengelola trip sangat punctual orangnya..nama dia awang..orang sarawak tapi muka macam cina..masa memula abah kenalkan awang pada mama..dia kata nama dia wong..mama betul2 panggil dia wong..cehh senah tertipu...oh ya..sepanjang trip ni dia x panggil faris as FARIS tapi OTHMAN..and abah, dia panggil MISKAM (my fil)..ingat dok kat UK ker??about 1hr kitorg sampai jetty merang..

masa otw ke jetty tu kitorg lalu tepi stadium yang bumbung runtuh tu..sungguh rugi duit rakyat..sungguh malu all the project team yang konon professional..oleh sebab mama suka apa saja yang berkaitan dengan steel..sempat ooo tukar profession kejap jadi investigator officer..failure result: xsempat nak investigate..bas laju sangat..kui..kui..ampon..

dah sampai jetty dahh...kedai survenier xbanyak..ramai yang nak ke pulau redang naik boat dari jetty merang..lagi dekat kot..sebab tu mostly survenier adalah cap pulau redang..kitorg kena tunggu boat kat pondok ni sebab kitorg stay di D'coconut Lagoon Resort..boat resort tu sendiri yang akan pickup kitorg...start belayar around 11.30am..haaa...yang baju biru tu la awang @ wong..dulu dia putih skrg skrg dah legam..hambek ko awang!!

kitorg dapat seat kat luar..so kenala pakai life jacket..muka faris dah cuak sebab dia x hengen pakai..x macho la mama katanya..xpe la abah kena pegang faris betul2..kang ada yang terpelanting keluar boat..boat sangat laju and ombak sangat la gantle..ngee..around 1hr baru sampai resort tu..



nak story sket pasal resort nih..ada 2 sites..east wing and west wing..kitorg stay kat east wing..murah sket..package yang kitorg amek ni 3d2n+bfast+lunch+dinner kalau x silap bawah 400..errr..ce tgk website dia takut salah info plak..bilik dia ok la..just nice and no tv..baru betul konsep duduk kat pulau yang penuh hutan tebal..laut dia syantek..pantai dia halus putih..west wing lagi best ooo..ada jakuzi..

mama yakin pulau ni memang dah ada penghuni sejak zaman batu lagi..see..ada tulisan atas batu..ada alphabat ABC lagi..agaknya zaman tu pon dah wujud institusi pendidikan..upsr and pmr dah wajib amek..impress jap..


dapat je pijak pasir yang putih lagi halus mulus wajib terus snap piccas..tanda kaki kitorg dah jejak pulau ni..eksyen macam dapat jejak bulan je..huh..kalau anda tidak tahan dengan terikan matahari or takut sun burn..adalah tidak digalakkan sesaja datang ke pulau2 atau tepian laut..ok abis dah iklan..

muhaha..sedeynyer muka...dah x macho dah......

lepas check in bilik memasing..dah lunch, solat, tido..aktiviti sebenar kitorg start 4pm...apalagi..aktiviti snorkeling la..gang2 diver dorg start 3pm..muahaha..ce tengok close up muka budak kecik yang x puas hati kena pakai life jacket tu..mama x peduli faris kena pakai jugak..mama takut faris tetiba terjun boat..

pit stop pertama snorkeling..

coral xbrp nampak..jauh ke dalam coral2 tu..ku dah la rabun..sapa pernah try pakai contact lens masa snorkeling..bagi tips sikit..

mama yang xlepas peluang snorkeling..ku gian wey...

mama lupa apa nama 1st location snorkeling tu..coral xberapa banyak tp lagi cantik dari tioman la..2nd location pon lupa gak..sorry urat banyak putus..tapi kat sini coral sangat cantik..very colourful..ikan dia x la friendly sangat..shy-shy fish..mama kepal2 roti sambil snorkeling sambil bagi ikan makan..kena tunggu lama sikit baru ikan datang..best woo dikelilingi ikan2..nemo banyak tapi sorry xdapat tangkap for faris..

sebenarnya awal2 sebelum abah terjun mama request nak terjun dulu..ada 50mnt..so mama 30mnt abah 20mnt snorkeling..wakaka..abah terpaksa rela sebab kat tioman dulu abah bedal snorkeling sampai x ingat turn mama..derhaka kah aku??selamat hari raya bang..ina mintak ampon..

muka takut2 berani faris

sila jangan lupa ye..kami dalam mood honeymoon..kebetulan faris pon terjun gak sambil diawasi oleh budak boat..kami somi isteri berpegangan tangan sambil snorkeling..(bukti piccas harus la xde..lagipon xde sapa sudi snap pic kami tengah kegedikkan)..kitorg gi jauh2 sikit..fuyooo..lagi cantik coral dia..feeling x hengat sampai kena panggil sebab faris dah naik boat..potong stim betul la..overall snorkeling kat area pulau ni sangat2 berbaloi untuk mama yang baru pandai pakai snorkeling set tu..sangat teruja dengan ciptaan Allah..subhanallah..

view senja

6.30pm kitorg dah sampai resort tuk siap2 dinner..mama ingat xde tv langsung..rupanya ada bilik tv kat tempat makan tu..gang2 abah suruh owner resort tarik keluar tv sebab malam tu ada bola..cess 10jutax..malam tu lps makan terus tidokan faris..faris just dapat tido masa dalam flight tadi..kejap je bf faris dah tido..abah tinggal kitorg berdua dalam bilik sebab nak join tengok bola and tunggu penyu naik bertelur..hehehe..penyu selalu gak naik pulau ni untuk bertelur..

ok lah kita continue Day 2 dalam entry seterusnya..insyaAllah..






Friday, July 2, 2010

Season 3 - Cute Baby with T.O.Y Contest


Season 3 Cute Baby with T.O.Y contest!! dah start..


dari season 1 lagi mamafaris just tgk2 je contest ni..dah season 3 baru nak join..rugi byk x join dari awal..hehe..kwn2 kalau nak join sila ke suziey.com atau malinasiam.com atau click je banner kat ats tu....ok la mamafaris pertaruhkan pic di bawah ni..pic ni kat big red strawberry farm, cameron highland..

Name: Faris Najmi B. Othman

D.O.B: 2 Jan 2009

Age: 1 yr 6mos

ini yang menjadikan mamafaris excited nak join ------>"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

Wednesday, June 30, 2010

tak jadi ke pulau perhentian, pulau lang tengah pon dah ok sangat..

ish..panjang plak tajuk n3 kali ni..hehe xpe abaikan janji maksud tu sampai..plan company trip ke pulau perhentian terpaksa dibatalkan sebab ramai staff yang xdapat nak join..tapi bos kesayangan offer pergi oversea trip ke ******* (xyah sebut dulu la..dah confirm baru berani sebut)..

sbnrnya kitorg laki bini dah cancel awal2 trip pulau lang tengah (dgn staff gas msia) ni semata2 pulau perhentian (dgn staff aaj) sbb free n dapat pocket money lagi..oleh sebab pulau perhentian dah cancel..terus bagi nama untuk pulau lang tengah..melayang 1300..ku harap berbaloi demi merapatkan hubungan dan menjadi kenangan kami 1 family..

pulau lang tengah kat mana??mula2 ku pon xada idea caruk mana pulau ni..rupa2nya antara pulau perhentian dan pulau redang..orang kata private island sebab belum diterjah keseluruhannya..tengok dalam youtube macam best je pasir dia putih laut dia biru..nemo banyak kat tepi2 pantai..faris nanti mama tangkap sekor ye..hehe..


from google

aktiviti kami di sana ofkos la snorkeling..aku jadi ketagih pulak..bukan ketagih syabu ek..ketagih snorkeling tgk coral, bagi ikan makan (ni faris sangat suka), nak try free dive (kalau aku berani la), scuba diving aku xleh join sbb gang2 (5org) yang pergi dive ni dah ada certificate..lagipon sapa nak jaga faris??

ok la..td tuan pengelola trip dah e-mail detail activities trip to pulau lang tengah..sila la layan ye..

Dear all,

Please to remind that the trip will be carried out over this weekend, 03 – 05 July 2010.

On 03 July please make sure that everyone gather at KLIA Main Terminal Building the latest at 7:30 am for a flight to Kuala Terengganu at 8:40 am. Our flight detail shall be as follows:

Malaysia Airlines MH1326
Aircraft: Boeing 737-400

Depart: Sat, 03 Jul, 08:40
Arrive: Sat, 03 Jul, 09:35

Itinerary for the 3D/2N Snorkelling package shall be as follows:

Day 1
1100 Departure from Merang Jetty
1200 Arrival & Check In
1230 Lunch
1430 1st snorkelling Trip around Lang Tengah
1630 Return to resort & free at leisure
1900 Dinner
2000 Free at leisure

Day 2
0800 Breakfast
1000 Free at leisure
1230 Lunch
1400 2nd Snorkelling Trip around Lang Tengah
1630 Return to resort & free at leisure
1900 Dinner
2000 Free at leisure

Day 3
0800 Breakfast is served & free at leisure
1130 Check out
1300 Ferry depart to Merang

For diver, there will be 5 dives as follows:

Day 1
1430 Shore Dive
1600 First Boat Dive

Day 2
0930 First Boat Dive
1130 Third Boat Dive
1430 Fourth Boat Dive

Please to remind that all snorkeling and dive equipment rental is not included in the package and you are required to arrange and pay to the resort directly.

Our flight detail form Kuala Terangganu to KL on 05 July is as follows:

Flight: Malaysia Airlines MH1335
Aircraft: Boeing 737-400
Depart: Mon, 05 Jul, 16:15
Arrive: Mon, 05 Jul, 17:10

masa trip ke pulau tioman dulu mamafaris xbuat apa2 n3 pun sebagai kenangan bertulis..pic je banyak..ada la upload sikit dalam fb..insyaAllah kalau ada masa terluang mamafaris akan coretkan alkisah trip ni..da..

Tuesday, May 11, 2010

N3 khas utk org yg suka curi troli org lain di supermarket

PERHATIAN..N3 INI PENUH EMOSI AMARAH..

dipendek'n citer mlm smlm kitorg g Tesco Shah Alam lps balik kije..niat di hati ni nk beli brg dapur..mcm biasa kitorg amek 1 troli n msukn faris dlm tu..1st item yg kitorg msuk'n dlm troli adalah plastik sampah..ada la dlm 5 paket..then bgerak ke area frozen food..troli td kitorg park tepi compartment frozen food..mula2 mamafaris jg troli n faris..tp abahfaris pggl suruh pilih nk beli apa..ok la mamafaris pon dukung faris yg dh pns montot ddk dlm troli n pusing 1 compartment dgn abahfaris sambil kat tgn ni dh pgg 2 3 item..

sampai kat tmpt park troli..tgk2 TROLI DAH HILANG..yg ada just bakul biru n plastik smph kitorg..WTH!!!!!ni kali ke-2 troli kn curi..apa la nasib..dlm ht mamafaris tdetik nk cari gak troli kitorg..nk tgk muka pencuri tu..smpi kat area fresh market, kat area ikan..mamafaris tnmpk troli kitorg..mcmna mamafaris bule cam??..kat tmpat ddk bdk2 tu ada tgantung 'mangga pintu'..troli lain mn ada..

oo ni muka pencuri troli aku..yg laki baju biru yg pempuan baju kurung pink..mamafaris dgn selamba ckp 'abg..tu troli kita..kurang ajar..xde ksedaran sivik'..tsentak laki dia..tp biasa la klu dh nm pncuri..mmg pndi buat muka cover..mamafaris tgk dlm troli tu dia ltk drypers n byk la brg..klu dh beli drypers means that diorg ada ank lebih kurang baya faris..susah ok nk handle faris klu xde troli...

klu dh tau nk beli byk brg..amek je la trus troli siap2..xpyh nk buat dosa aniaya org lain...klu dh ada brg dlm troli, sah2 la ada tuan punya..xpe la ko ambik la troli kitorg..time tu mamafaris mmg sgt2 mrh tp smpt plak bdoa..'Allah je bule bls apa yg korg buat'..mood nk sopeng ilang trus..ambil apa yg igt je...

patut iklan dlm radio tu kn tmbah sikit...'jgn letak troli di merata tempat dan jgn curi troli org lain'...STUPID = pencuri troli...

Monday, May 10, 2010

Bila hati mama tersentuh..

Smlm mamafaris+sibling beli kek utk nenekmiah sempena Mothers Day..celeb kecik2 je tp pnuh makna..pic xde sbb mamafaris xbwk camera..smlm dh wish kat nenekmiah..tp dlm blog ni mamafaris nk ucap lg..'mak..selamat hari ibu..ina rindu masa2 yg kita pnh luangkan bsama dulu..semoga mak sihat selalu dan murah rezeki'..

Tahun ni kiranya thn ke-2 la mamafaris bgelar 'mama'..so layak sgt la di'celeb' on Mothers Day kan..ermm..abahfaris xde la bg apa2 pon..psl ni ke hati mamafaris tsentuh???TIDAK!!..bkn psl xdpt apa2 present..abahfaris dh wish dgn kata2 yg indah..dh happy sgt dh..

Masa 1st time celeb Mothers Day faris kecik lg..karenah xbyk..sng hati nk control faris..tp thn ni for the 2nd time..it was totally changed..mamafaris dh dpt rasa cabaran nk bsrkan seorg ank..YES..mamafaris still terkial2 nk handle faris..im still learning to be a good mother..hehe..faris skrg dh 1thn 4bln..sgt-sgt lasak..

For ur info..mamafaris pnh 3bln jd bibik tau ms cuti uitm dl..mamafaris jg 3 org bdk lelaki (5thn, 2 1/2 thn n 7 bln)..can u imagine mamafaris jd org gaji??jg bdk..msk..bsuh n jemur kain..pndk cite semua kerja bibik mamafaris buat la..klu dh nm jg 3 org bdk lelaki harus la mamafaris jd singa kan??1st day kije mamafaris dh bgaduh dgn along..lawan batang mop..tp insiden yg mamafaris xdpt lupa ms along n angah brebutkan telefon yg dh rosak tu..sakan dorg btumbuk..arghh..geram aku wei..last2 mamafaris tarik along n peluk dia kuat2 smbil belai rambut dia..

Eh..xsangka plak along trus calm..then mamafaris promised pd along bl angah tido along bule main puas2..dr situ mamafaris noticed 2 perkara..1. as a parent kerja la 24/7 skali pon jgn la smpi lupa ank..2. kasih syg itu spti kuasa pelembut hati..(xperlu softlan dh)..korg pcy x??..wahaha..lari topik jap..tp ini la pengalaman bharga mamafaris..mmg mamafaris praktik'n bl dh ada ank sndri..

Ok..berbalik pd faris..yurp..faris mmg sgt2 lasak..lg2 bl abahfaris xde..ada ms2 mamafaris bule mati akal..faris takut dgn abah dia..mmg la seronok tgk ank explore mcm2..tgk faris 'susun' brg dlm cabinet.. 'lipat' baju dia sndiri..'layangkan' mainan dia..'kejar' semut merah..mcm2..tp mamafaris xleh tipu dr sendri..sgt geram sbb mamafaris pnt mngemas..kdg2 tlepas gak cubitan kasih syg ku itu..selain cubitan mamafaris akn tepuk meja ke peha sndri ke n buat muka mrh..mula2 faris takut..tp skrg faris plak tepuk meja n marah mamafaris..ah..bahaya nih..

On last friday night faris kn flu..maybe faris xsdp bdn..so faris mrengek2..klu cara mamafaris handle sng je..bf kan faris..sure dia diam..tp time tu mamafaris tgh solat..abahfaris try handle tp faris nangis lg kuat smpi abahfaris t'tggi'n suara..bl nmpk mamafaris turun faris hulur tangan mntk peluk..ok la mama peluk kuat2..dgr faris tsedu2 buat hati mama faris TERSENTUH..tiba2 mamafaris tringat insiden dgn along dl tu..mmg kasih syg seorg ibu itu sgt lembut..faris jd calm..mamafaris mcm baru tsedar..dlm umur faris skrg ni dia dh pndi mntk phatian..patut la bl faris nk buat aktiviti 'ngeh..ngeh..' dia mesti pndg2 muka kitorang..bl kitorg nk mrh dia lari dl..faris belajar dr apa yg dia nmpk..

Sejujurnya kdg2 mamafaris t'tanya2 btl ke cara didikan kitorg pd faris..tlg la jgn ckp 'ala ank baru 1 dh kepoh'..sbb ank baru 1 la mamafaris nk cari cara yg btl utk mdidik..klu ank dh ramai sudah tentu lain cara didikannya..ouh..pjlan kitorg as a parent jauh lg..byk lg kn belajar..faris bahan experiment..semoga experiment kitorg success..HAPPY MOTHERS DAY..